zana suran. homosapien from earth.
no talking SHIT
p/s
Haii. Some Notice Here. This Blog would be DISABLE for highlight. Copy. Ctrl+C. Keyboard push up. Drig-Drag Image. Open Source. Ctrl+U. Anything just copyrighted by me. Thank You :3

|
22 September 2012
Aku nak share karangan bahasa melayu aku. Tolong baca dan check kesalahan dalam tuh yerrr
Indah
khabar dari rupa. Mungkin inilah tanggapan yang paling sesuai bagi Pendatang
Asing Tanpa Izin ( PATI ) yang datang ke
negara kita. Mereka ini telah dijanjikan dengan pelbagai keistimewaan jika berkerja
di Negara kita. Janji manis mereka itu akhirnya menjadi peristiwa pahit apabila
lain pula yang terjadi kerana mereka semua dijadikan pelacur, hamba dan buruh
paksaan tanpa dibayar sebarang wang dimana mereka hanya diberi makan dan minum
cukup sekadar mengalas perut untuk terus hidup. Mereka ini adalah manusia yang
telah diperdagangkan. Permerdagangan manusia yang dimaksudkan ialah perniagaan
yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram. Pengeksploitan
pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran, buruh atau
amalan yang sama seperti penghambaan. Kanak-kanak juga tidak terkecuali dari
aktiviti haram ini bagi tujuan pengambilan anak angkat yang tidak sah, sebagai
pengemis atau tentera.
Hal ini demikian kerana faktor ekonomi di
Negara masing-masing contoh Negara yang sedang mengalami masalah ekonomi ialah
Indonesia, Bangladesh, Thailand, Vietnam dan Nepal. Nilai matawang di negara
mereka yang rendah mungkin menjadi punca mengapa kebanyakannya mencari perkerjaan
di negara kita yang mempunyai nilai matawang yang tinggi berbanding negara
mereka. Sebagai contoh, ramai buruh asing yang sanggup berpenat lelah berkerja
seharian sekadar mahukan upah yang dianggap rendah bagi kita tetapi tinggi bagi
mereka lebih kurang RM200-RM300 sebulan tanpa memikirkan keselamatan diri
malahan mereka ini dilarang untuk mendapatkan perlindungan insurans oleh
majikan masing-masing bagi mengelakan rahsia mereka terbongkar dalam
penglibatan mereka mengambil pendatang asing secara haram.
Jika dilihat dari suatu sudut yang
berlainan, aktiviti ini juga memberi pulangan wang yang lumayan sehingga
mencecah jutaan ringgit. Hal ini disebabkan oleh sikap manusia yang sudah
hilang sifat berperikemanusiaan atau lebih sesuai dipanggil ‘ syaitan
bertopengkan manusia ’ dimana mereka ini lebih mementingkan wang dalam masa
yang singkat dengan menjadi orang tengah dalam penyeludupan imigran-imigran ini
untuk di rekrutkan. Satu operasi telah dijalan oleh pihak Majlis Anti
Pemerdagangan Orang ( MAPO ) terhadap kegiatan ini dan mendapati orang tengah
ini menjadi pengantara antara orang yang menjual dan orang yang membeli imigran
ini dengan menjanjikan bahawa mereka akan dibayar dengan upah yang tinggi dan
keselamatan mereka yang dijaga oleh pihak mereka.
Secara tidak lansung, hal ini telah
menjejaskan imej negara islam di mata dunia apabila lambakan sarang pelacuran
mula wujud di ibu negara yang menggunakan imej rumah urut, malahan kini sudah
ada pusat pelacuran dibuka khusus untuk memuaskan nafsu binatang pelanggan
tempatan di Malaysia. kebanyakan mereka mengambil imigran dari China, Thailand
dan Vietnam. Seorang pelacur yang pernah berkerja di negara kita telah
mengemukan satu kenyataan di media di mana mereka mengatakan mereka seronok
berkerja di negara kita dengan memuaskan nafsu pelanggan kemudian mereka
dibayar mengikut tahap kepuasan oleh pelanggan sehingga mencecah ribuan ringgit
seorang pelanggan. Mereka juga menyatakan bahawa mereka diberikan passport
palsu bagi mengelakan dari tertangkap dalam operasi cegah maksiat yang
dilakukan oleh pihak polis dan Majlis keagamaan.
Dalam pada itu, sindeket ini juga
mengeksploid bangsa dari Bangladesh dengan menawarkan upah yang lumayan.
Justifikasinya, mereka seolah dijadikan ‘anjing suruhan’ kerana dikerah untuk
melakukan kerja berat seperti membina bangunan dan membuat jalan raya yang
terpaksa berkerja sehari semalam tanpa dibayar satu sen sebagai upah. Banyak
liputan yang telah dijalankan bagi mengenal pasti mengapa terjadinya ini semua,
kebanyakan jawapan yang lahir dari mulut mereka, mereka dipaksa berkerja oleh
majikan masing masing. Jika mereka lari, mereka akan ditangkap oleh pihak
berkuasa kerana tidak mempunyai passport.
Namun semua permasalahan ini dapat
diselesaikan jika pihak yang berwajib memainkan peranan yang tegas. Jika pihak
ini sekadar menanam tebu di tepi bibir, masalah ini mungkin akan berlarutan dan
akan menjejaskan serta meningkatkan pelbagai kes jenayah di negara kita. Namun
seperti yang kita sedia maklum, pihak sindiket ini amat lincah dalam pengaturan
aktiviti mereka.Tamsilnya, jika dilihat dalam kes Siti Hajar Sadli, pembantu
rumah Indonesia yang dikatakan telah didera oleh majikan bukan sahaja boleh
menggunakan peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah (KAJ) tetapi juga peruntukan
dalam Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP). Kesalahan perdagangan orang
tidak melibatkan unsur-unsur sukarela antara mangsa dengan orang yang
memperdagangkan. Ia juga tidak melibatkan sebarang bentuk ganjaran atau caj
perkhidmatan seperti aktiviti penyeludupan. Untuk tujuan pendakwaan dan
sabitan, mangsa perlu dibuktikan telah dipaksa dan dieksploitasi. Unsur-unsur
paksaan dan pengeksploitasian boleh wujud sama ada sebelum, semasa atau selepas
proses perdagangan orang itu berlaku. Dengan itu, adalah sukar pihak berkuasa
untuk bertindak pada peringkat awal kerana ia perlu menentukan mangsa telah
dieksploitasi atau sebaliknya. Maka, lakukanlah operasi dan tindakan yang lebih
efektif dari sebelumnya.
Bagaimanapun, tidak dinafikan aktiviti
penyeludupan boleh menjadi proses awalan kepada aktiviti perdagangan manusia.
Ini kerana selalunya kesalahan penyeludupan orang mempunyai potensi untuk
menjadi sebahagian aktiviti perdagangan manusia. Justeru itu, apa yang perlu
dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu ini ialah komitmen jitu dan
pelaksanaan strategik supaya ia tidak menjadi "tin kosong" dalam
meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan. Pelaksanaan perlu
dilengkapi dan disokong dengan aspek perundangan yang tersusun, kakitangan yang
komited dan kewangan yang mantap. Ini kerana tanpa elemen-elemen tersebut
adalah sukar untuk kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam pelan
induk mengenai antiperdagangan orang. Apa yang pasti mangsa-mangsa perlu
diberikan perlindungan sebaik mungkin tanpa mengira agama, jantina, bangsa dan
negara asal.
Kesimpulanya, aktiviti perdagangan
manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu
industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk
beroperasi. Jadi, untuk mengelakan aktiviti ini dari terus berluas-luasa, kita
sebagai orang awam juga memainkan peranan penting untuk mengelak dari mengambil
perkerja asing tanpa izin kerana jika kita ditangkap, hukuman yang bakal di terima
mungkin akan menjejaskan kehidupan harian. Kita perlu memahami akan pepatah
melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
907 patah perkataan
LOT OF LOVE ❤
|
Karangan Bahasa melayu Aku nak share karangan bahasa melayu aku. Tolong baca dan check kesalahan dalam tuh yerrr