.BUDΔƘ BƖѲLOGƳ

zana suran. homosapien from earth. no talking SHIT

p/s

Haii. Some Notice Here. This Blog would be DISABLE for highlight. Copy. Ctrl+C. Keyboard push up. Drig-Drag Image. Open Source. Ctrl+U. Anything just copyrighted by me. Thank You :3




12 October 2012

Couple Yang Benar-Benar Indah

Kisah yang menceritakan bertapa sucinya sesebuah cinta yang bakal dijadikan ianya kekal abadi :)


Si Gadis menghantar text kepada si Lelaki pada suatu hari...

Gadis : Awak, kitew comel tak ?

Lelaki : Awak sentiasa comel di mata saya :)

Gadis : Awak suka kita tak ? Sebab kita comel kehh ?

Lelaki : Saya suka awak dan Ya. Sebab awak comel :)

Gadis : Kalau saya ni gemuk ? dan tak lawa, sudikah awak menerima saya ?

Lelaki : SUMPAH saya tidak memilih pada paras rupa. Hanya jiwa dan perasaan memainkan peranan penting buat saya.

Gadis : Awwww. SAYANG AWAK. Tapi, kalau saya sakit apa awak nak buat ?

Lelaki : Saya akan cium awak macam dalam cerita snow white tuhh ;) Nanti awak sihat semula taww !

Gadis : Awak saya serius nehhh -,-'

Lelaki : Mestilah saya akan jaga awak !

Gadis : Kalau suatu hari nanti saya lumpuh satu badan taklehh jalan camne ?

Lelaki : Saya akan jaga awak dalam apa jua keadaan pun. Biarpun awak lumpuh takleh jalan sampai bila-bila, saya tetap awak jaga awak selagi awak menjadi HAK saya.

Gadis : Kalau saya dah tua jadi mak nenek nanti ?

Lelaki : Saya akan mandikan awak, saya akan suapkan awak makan, saya bawak awak jalan jalan atas wheel chair, saya hiburkan setiap hari awak even pun time tu saya dah sama tua bongkok and takde gigi ;D

Gadis : Adakah jujur, ikhlas dan benar semua janji-janji awak nehh ? macam mana kalau semua neh tipu dan janji manis semata-mata seorang lelaki ?

Lelaki : Saya berani bersumpah dan semua janji saya saya akan kota kan. Lelaki yang jujur adalah lelaki yang sanggup memper-isterikan seorang gadis itu dalam apa jua keadaan. Awak kena tahu semua tuh.

Gadis : Andai suatu hari nanti saya dah tak lawa, awak nak ke khawin lain ?

Lelaki : Jika suatu hari nanti saya di datangi seorang gadis yang terdapat 1001 kisah hitam dibelakangnya dan beliau memerlukan seorang pemuda untuk terus hidup. Maka, saya akan memper-isterikanya atas kewibawaan saya sebagai seorang lelaki.

Namun, kalau saya di-datangi gadis yang baik kisah hidupnya, maka saya hanya berserah kepada Allah dimana jodoh saya bakal diletakan. Janganlah pulak awak merasa cemburu pada saat itu. Mungkin ia cabaran dari Allah.

Gadis : Ouh, saya pun menerima semua itu andai sudah ditentukan tuhan. But awak jangan berlaku curang dan tidak adil tahu :')

Lelaki : PASTI !

Gadis : Tapi bila ?

Lelaki : Setelah awak menjadi yang HALAL buat Hati, Perasaan, Jiwa, Maruah dan Anggota saya.

Gadis : Alahhh ! -,-'

Lelaki : Kalau awak belum jadi yang sah untuk saya, macam mana saya nak jaga awak ? macam mana saya nak tengok keindahan pada wajah awak ? macam mana saya nak sentuh dan jaga awak kalau awak sakit ? Macam mana saya nak mandikan awak kalau dah tua nanti ? Sedangkan duduk berduan dah dianggap berzina.

Gadis : Awak nehh. Yelah. Habis tuh awak meminanglah saya ;)

Lelaki : Boleh ? Berapa hantarannya ?

Gadis : Cukup dengan mahar peribadi saya. Keadaan saya dan kekurangan saya dan yang lain tertakluk pada kedua ibubapa saya :)

Lelaki : Baik. I am agreed with it ! But awak terimakah saya ?

Gadis : Ya. Saya ikhlas menerima awak tapi apa bukti awak menerima saya ?

Lelaki : Buktinya ? Dengan Lafaz Bismillahirohman nirohhim, Saya ____ menerima nikahnya ____ dengan mas khawin RM999.90 Tunai :)

Gadis : Amin ~

Lelaki : Mulai saat itu, awak menjadi segalanya buat saya. Tiada yang haram diantara kita. Maka dengan terusnya dosa awak ditanggung saya maka segala perlakuan awak dengan kaum adam yang lain akan di-izinkan Allah untuk saya MELARANG.

Gadis : BAIK. Terima kasih kerana menerima saya seadanya :)

Lelaki : Saya juga berterima kasih kerana awak sanggup meng-izinkan saya menjadi pintu kepada hati awak dan saya juga berterima kasih sebab awak sudi menjadi tanaman pada ladang-ladang jiwa saya :)

* Ayat yang warna orange tuhh dari ayat Ustaz Azhar Idrus *

p/s: Kalu belum baca siri pertama. Sila klik link ini.
LOT OF LOVE 




Copyright © 2014 zanasuran. All rights reserved.