11 November 2012
Tidak aku sangka
Tidak aku menduga
Semalam hari pengubat segala luka
Senyuman mereka menjadi plaster
Untuk perasaan dan juga hati aku yang tengah entah apa-2
Mereka datang membawa hembusan gembira
Menjadikan aku kembali ceria
Terima Kasih atas otak korang yang gila-2
Sebab buat aku jadi sewel sama ;D
HAHAHA,
Seriously pagi ini aku kembali tersenyum setelah melaui saat genting meniti masalah yang
membanjiri hidup aku. puas aku cuba melawannya sebelum ini, ombak,ribut taufan semuanya
datang bertubi-tubi menghempas ke atas diri aku.
Tapi semalam aku telah jumpa cara untuk STOP semua si masalah-2 ini dari
terus meminta kasih sayang --'
Semalam Fadhilah datang rumah aku. Ye, pastinya aku yang menjemputnya.
kami tak buat apa-apa. Sekadar bergelak bodoh tanpa hala tuju yang nyata.
Kami sekadar duduk melepak di dalam rumah dan seperti biasa masing-2 dengan handset
masing-2 menulis sesuatu.
Ketakutan mula dirasai dilah apabila gelembung-2 gas yang berada didalam salut getah
mula terumbang-ambing menghampirinya [ belon ]
Dijerit, namun tidak dilayan. Di marah, tapi diperbodohkan. Akhirnya update twitter melepaskan kesengsaraan. hahahahaha ;D
Setelah kesumbatan menimpa. Aku mengambil cadangan drastik untuk menaiki basikal
yang menggunakan minyak petrol serta enjin.
Wak simon menjadi destinasi pertama kami. Melihat keindahan semula jadi yang kian
layu dan bakal terbinanya JUSCO tidak lama nanti ;p *joke
Destinasi terakhir kami berakhir di taman.
Dibawah pokok berambut hijau berbadan coklet berkemaluan kecil serta terletaknya buai usang
sejak tahun 2009 selalu menjadi tempat paling best kami --'
terdengar alunan azan bakal berkumandang, motor di-start senyuman menjadi penamat.
Balik aku terus membasahi diri serta bermanja dengan Lux dan Sunsilk
kemudian melemparkan badan keatas sofa didalam bilik
Sunnguh empuk rasanya ~..~
dan terlena sehingga aku terdengar " i'm at the payphone trying to call home all of my change....."
sebelum button hijau di-pushkan terlihat jam di dinding menunjukan tepat pukul 11.45 mlm :
L : Weii zana ! kau tido ke ? aku depan rumah ka neh
Aku : Aik ? siapa ni ? ish salah orang neh dah dah jangan kacau !
.
L : Bohh, kalau salah orang aku dok sebut nama mu ngek =.=' cepat ahh !
Aku : siapa ni ?? nak sengek sengek ke aku ?! aku masih lurus tau -,,-'
L : mu dok save number aku eh ? natang mu ~ okay fine
Aku : Menda ka natang-2 ?!
L : Aku ahh, Lutfi. Bohh, dok kenal doh suare aku. HAHA, bakpe suara mu lain zana ?! nak mental menal ngan aku ? mu period erh ? erhh ? haha
Aku : LOL. Sabekk ? aku tengah suci neh. Eh, luffy ? menda mu datang sini ? suara aku lain ? hoho biasalah orang yang sedang berada di kamar beradu ;3
L : Wek, geli aku. Saja nak jumpa kau. cepat ahh keluar. Penat doh ni !
Aku : Serius ahh mu ?!
L : Serius ah bodo !
tiba-2 dari bawah aku dengar ayah aku jerit
" zana ! Kawan awok budak laki ada kat bawah ni hah tapi abah tengok bukan Farid sebab dia bawak kereta kancil. Farid tahu naik motor je hah tulah sampai patah riuk kakinya ! "
Eh, abah ni. Melencung kesitu perginya --'
Aku pun turun bawah perghhhh ! Lutfi dengan Alan ada kat bawoh ! HAHAHA
tidak sangka hamba ketibaannya secara tiba-2 -oo-
Aku mengambil yeaww [ kucing ] dan dibawa bersama untuk melepak.
kira deal lah mereka jantan berdua. aku betina berdua. HOHOHO --,
Permulaan kata-kata didahalui dengan aku kemudian perbincangan merepek kami pun bermula.
Alan malu-malu nampaknya. Hahaha, rileks beb. macam ahh tak pernah lepak rumah aku
sebelum neh :)
Mula-2 aku bersila diatas jalan, dan mereka berdua duduk diatas atap kereta.
nampaknya leher aku hampir patah mendongak keatas, maka tempat duduk pun bertukar.
kini mereka bersila diatas jalan. Aku pula duduk di atas bonek kereka. Amacam ?
Padan muka :P
berbual demi berkata demi berborak demi menjawab demi bertanya demi melafaz akhirnya
jam menunjukan pukul 2 pagi. Wahh, mata aku terasa seolah olah ada dumble seberat 65 tan sedang bergayut-gayut.
Rasanya rahang gusi aku pun hampir tercabut maybe sebab asyik gelak tak putus-2 -,-'
dan semuanya berakhir.
THANKS KORANG SEMUA ADA DIWAKTU AKU MEMERLUKAN (!)
//Eh, Lutfi suruh aku buat makan-2 untuk hari ahad malam isnin. Hmm, saya nak buat mee kari. nak datang ? mehh leww :3 ramai tau nak datang nanti. k baii