20 December 2012
" Abang, sudah 25 tahun abang berjanji dengan sayang untuk belikan sayang Villa berserta kolam renang dan menjanjikan untuk mendapat 15 orang anak dan berberapa buah kereta mewah. Mana semua janji-janji abang semua tu !? Kenapa kita sekarang tinggal di rumah murah pemberian kerajaan ? Kenapa hanya ada lopak air ? Dan hanya kereta sorong ? Mana 15 orang anak tu ?! " Tengking Pn.Hasminah, 46 tahun kepada suaminya. " Sayang, mana-mana lelaki akan menjanjikan terindah dan perkara yang sama buat isterinya, namun tidak semua dapat tunaikannya. Maaf. Janji abang sekadar menguji Minah. Jikalau Minah memilih untuk berkhawin dengan abang atas dasar cinta kasih sayang ikhlas, Minah akan lupakan janji abang. Jikalau Minah berkhawin dengan abang hanya kerana inginkan kemewahan dan kesenangan berganda, Minah bukanlah isteri yang solehah disisi suaminya " Ujar Tarmizi 48 kepada Hasminah.
" Tapi abang, Kalau sayang tunjukan abang 2 orang wanita kaya yang rendah rohaninya dan seorang lagi wanita miskin tetapi kaya dengan budi pekerti, manakah pilihan abang ? Kayakan !? " " Memang benar abang akan memilih yang kaya kerana ia adalah tanggungjawab suami dicipta untuk memperbaiki akhlak isterinya, mempersolehkan isterinya dan merubah isterinya kearah kebaikan. Jika abang memilih wanita miskin tapi tinggi budi pekertinya tadi, ia tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan kerana hati sikap dan perangai manusia boleh berubah dalam masa singkat, dan kadangkala manusia boleh berubah kedudukan dari yang halal ke haram. Manakala si isteri haram untuk mempertikai suaminya " Balas Tarmizi tegas " Abang ! Habis tu kita nak hidup macam ni sampai mati ? Sampai jantung saya ni dah terhenti ???! " Berang Hasminah membalas hujah suaminya " Bukan itu abang maksudkan. Tunggulah sehingga Allah memberikan rezeki kepada kita kerana setia masjid [ rumah tangga ] yang dibina itu ada rezekinya masing-masing "
Story diatas dipetik dari message yang saya terima dari Muhd Nur Haiqal. Thanks Sayang :*
Saya rasa story yang diceritakan tu best, so I just forward for sharing :) Baii