14 December 2012
Mengenali mereka bertiga adalah satu anugerah terindah buat aku :')
Dia sahabat. Dia kawan. Dia teman. Tanpa mereka sumpah aku pasti tidak bernyawa lagi. Kerana kau aku tahu Erti Persahabat Sebenar yang telah lama aku cari selama ini.
Mereka terlalu sempurna buat aku.
Tidak dapat aku ungkapkan disini bertapa istimewanya mereka.
Kebaikan mereka, keikhlasan mereka tidak dapat aku balas.
Seribu kali aku terhutang budi dengan mereka.
Kerana merekalah aku masih bernyawa.
Nyawa aku hampir melayang apabila aku hampir dirempuh sebuah kereta
dari arah bertentangan di hadapan pintu gerbang Masjid Negara.
Mereka menarik tangan aku dan cuma bahagian bahu aku saja terkena bucu kereta tu.
Alhamdulillah :'|
Banyak sangat budi mereka. Mereka datang dari pelbagai pelusuk pahang.
Dan aku satu-satunya dari Kuantan.
Keakraban kami terlalu rapat.
Seringkali aku tidur dengan mereka beramai - ramai
Mandi bersama mereka.
Bergelak tawa, nangis hiba semua kami bersama.
Tuhan menjadi saksi bahawa kami tidak pernah berselisihan faham walau sekali.
Kami masing-masing ada keburukan perangai masing-2
Jadi kami menolak keburukan orang lain dan menerima hanya kebaikan masing-2
Dan itulah punca dan sebab kenapa kami masih bersama :')
Cukup akhir bulan July hubungan kita terhenti.
Cukup sukar hati ini menerima perpisahan.
Cukup pedih perasaan ini menahan rindu
Cukup segalannya aku menanggung sakit atas perpisahan kita berempat.
Kumpulan kita, kenangan kita, aku berjanji dan bersumpah tak akan aku lupa.
Dan mungkin tak akan aku lupa.
Terlalu pekat di hati aku.
Andainya suatu hari aku hilang fikiran, aku akan menangis kerana aku lupa
kenangan kita.
Terima Kasih itu je yang dapat aku katakan disini :'O
Winnies Violet itulah KITA