.BUDΔƘ BƖѲLOGƳ

zana suran. homosapien from earth. no talking SHIT

p/s

Haii. Some Notice Here. This Blog would be DISABLE for highlight. Copy. Ctrl+C. Keyboard push up. Drig-Drag Image. Open Source. Ctrl+U. Anything just copyrighted by me. Thank You :3




17 March 2012


Assalamualaikum,

* Firstly aku nak mintak maaflah kalau ganggu kau suruh baca blog aku ni. *

Okay, sebenarnya aku nak terus terang dengan kau kenapa aku jadi macam ni.
Kau ingat tak tahun lepas ? Beriyakan aku nak celebrate birthday kau. Even pun lagi 4 bulan tapi aku orang yang paling beriya rite ? Aku taktahu asal aku beriya sangat nak celeb.

Waktu cuti PMR kan aku pegi KL. Kan aku cakap aku beli kau macam macamkan ? Tak termasuk Elmo , Rantai dengan Belt tu. Okay, biar aku terus terang dekat sini. Waktu aku pegi Pavi hari tu aku belikan kau minyak wangi dari bodyshop. Lepas tu waktu aku pegi sogo, aku beli kau bear warna purple. Dekat wangsawalk aku belikan kau cup yang ada lambang dan maksud Sagittarius. And dekat Mid Valley aku belikan kau jam tangan. Tapi jam tangan tu kakak aku yang belikan. Dia nak belikan tuk kau. Aku tahu lama kau tunggu aku balik kuantan kan ? SUMPAH ! Aku appreciate gila kau sanggup tunggu aku. Sorrylah aku lama duduk sana. Tapi aku duduk sana bukan dengan tangan kosong :')

Okay, bila aku balik semula kuantan, aku bagi kau elmo dan etc tukan. Aku tamo kasikau hadiah yang lain tu lagi sebab aku ingat nak kasi time birthday kau. Kita dah janji nak hang out sama samakan minggu tu ? Tapi entah macam mana aku terpkasa ikut Mamad pegi JB teman dia kat sana seminggu. Kau tak habis habis suruh aku balik cepatkan ? Okay. Kau maybe taktahu apa terjadi dekat aku waktu dekat sana. Meh aku cerita.

Lepas kau ugut aku kau cakap kalau aku tak balik hari sabtu tu kita putus kawan. Aku pun terus pegi dekat mamad sambil cakap " weyhhh, aku nak balik hari sabtu arh !" " Asal ? " " Arhhh, aku nak balik sabtu ni jugak. Ko pepandailah siapkan PC ofis aya tu cepat sikit ! " " Aku tanya asal! " " aku nak hangkout dengan Dilah " " Alah, cam tak boleh hari lain " " Bangang ! Aku ni nak tengok twilight ! " " Emphh, tak habis habis dengan cerita tu. Kau pegilah tanya aya "

Aku pun turun bawah cakap ngan akak aku " kak ya, adik nak balik lusalah " " Kenapa ? Tak best duduk sini ? " " Bukan... " " Habis ? " " Adik nak keluar dengan member " " Alahh, sebab member je ? takan member kau tu tak boleh tunggu 2 3 hari lagi ? " " masalahnya dia dah tunggu 3 minggu ! " " Nak buat apa ? " " Tengok wayang twilight. Dah janji dengan dia dari awal tahun lagi " " Lantak kaulah zana engko nak balik bila. Aku ingat nak suruh kau balik jumaat nanti. Erghhh =.= "

Kau tahu tak, aku nangis bila akak aku cakap gitu, lastnya malam hari ahad tu dia belikan tiket kitaorang balik Kuantan. Aku pun text kau " kita keluar hari selasa okay ? " kau jawab " berehhhh "
Bila aku sampai je Kuantan, kau text aku " kita keluar hari sabtu jelah erk ? Aku tak biasa keluar selain hari sabtu/ahad "
Kau tahu tak perasaan aku macam mana, kalau aku tahu kau nak hari sabtu, taklah aku dengan mamad tergesa gesa balik kuantan sampai kakak aku bengang dengan aku. Tapi aku redha je.

Sampailah hari sabtu, aku memang tak boleh keluar hari tu sebab aku memang ada masalah. SUMPAH aku cakap, memang aku ada problem. Kau boleh text aku kau cakap ini last friendship kita. Kau tahu tak ? Sakitnya hati aku ni bila kau cakap macam tu. Puas aku pujuk tapi kau still tak reply , and entah macam mana aku sakit hati aku text kau dengan ayat kasar. Aku cakap aku tak akan anggap kau sesiapa dah lepas ni. And kau pun meng-OK kan je.

Aku memang betul betul tak sangka aku cakap macam tu. Yelah, orang tengah marah takan sedar apa yang dia cakap. Kau tahukan aku jarang cakap benda benda macam tu. Selalunya aku akan cuba pujuk kau sedaya upaya dan mengaku kesalahan aku tapi entah macam mana malam tu aku pulak yang marah marah kau. SORRY sangat sangattttt ! Aku memang tak sangka. Bila aku pujuk kau balik, kau lansung tak bagi respon.

Sampailah pukul 9.30 p.m . 17 Dis 2011. Time tu aku ada dalam wayang dengan family aku tengok cerita apa tah. Aku text kau " Dilah, jangan pegi mana-mana pukul 12 a.m " " asal ? " " Adalah " kau boleh jawab " aku tido. bye "
Aku still pujuk diri aku supaya tak marah marah, keluar dari wayang aku turus suruh sis aku pegi Res secret recipe . Aku beli kek Hazel. Atas kek tu aku tulis " Happy Birthday Sayang <3 Nur Fadhilah <3 "
Balik tu aku pun bungkus semua hadiah nak bagikau. Lepas siap semua sekali aku pun text kau
" busy ? " " tak " " aku nak celeb birthday kau pukul 12 nanti and kasi kau semua hadiah yang aku beli kat KL and kat JB. " " tak payahlah. Simpan jelah semua tu and thanks " " aku serius ni " tapi kau terus tak reply text aku. Aku menangis kau tahu tak. Aku menangis ! Sumpah aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni sekali ! Sumpah aku tak sangka kau tak terima aku sampai macam ni sekali ! Malam tu kakak aku masuk bilik aku " adik, nape tak bagi lagi hadiah dekat Fadhilah ? " " emph, malaslah " " Lahhhhh, Kenapanya pulak ? Gadoh ? " " Dia tak terima hadiah ni " " Lah, astafirullah. Asal ? " " Gadohlah, sebab haritu tak hangout dengan dia and haritu termarah marah dia " " Sebab tu je ? " " Emph. " " Jom kak yu hantar adik gi rumah dia naik kereta nak ? Adik bagi kat dia " aku pun meng-OK je. Sampai depan rumah kau aku bagi salam 2 3 kali jugaklah, tapi sunyi tanpa jawapan. Aku pun decide balik rumah jelah. Hadiah kau semua tu aku dah kasi anak sedara aku. Bukan apa, aku tak sanggup nak simpan semua hadiah tu.

Aku tak tahulah kau sedar atau tak waktu aku bagi salam tu, tapi aku anggap kau tak dengar je.
Lepas tu waktu ambil result PMR, Aku cukup hargai bila kau still text aku ucap taniah even pun ada sedikit sindiran dalam text tu. Bila aku tanya fatin aisyah farid lutfi and semualah yang kenal kau , dorang semua tak tahu result kau. Asal ? Asal kau sorok dari aku ? Aku tahu result kau mesti OK dari aku kan ? Hope macam itulah.

Sampailah aku cakap aku still nak pindah sekolah jugak, but kau halang. Astafirullah Hal Azim, tak sangka kau halang aku. Memang terkejut gila aku time tu. Aku sebenarnya bukan saja nak pindah, aku nak timba pengalaman, bukan niat aku nak tinggalkan kau. SUMPAH ! Aku pegi semua sebab niat nak timba pengalaman.

Bila hari pertama persekolahan , aku pegi ambil surat tukar. Fatin, Aisyah, Jaja, Farid, datang jumpa aku. But kau takde pun. Aku rasa nak carik je kau kt sekolah. Tanya fatin, aku gelisah gila kau tak datang. Yelah, aku takut last meet je aku dengan kau.
Tiba tiba aku nampak kau lalu, Ehhhhh ! Terkejut aku, aku pun terus keluar salam dan peluk kau. SORRYlah, hati aku ingat nak cium kau, peluk kau erat erat tapi nak buat macam mana aku segan sebab ramai yang tengok ! Kau tak nampak aku nangis. Sebab aku cepat cepat lap. Thanks sebab kau sudi jugak tengok aku. THANKS A LOT ;*

Sesampainya dekat Sekolah baru tu orang yang aku kenang just kau sorang. Aku harap betul sebelah katil aku ni kau, dalam kelas duduk dengan kau and segalanya dengan kau but it just a dream. Malam tu aku text kau , aku cakap aku rindu kau ! tapi kau reply " Tak payah nak terhegeh hegeh rindu akulah. Meluat. Sape suruh gatal gantal pindah sekolah. BYE "
Malam tu entah macam mana aku nangis text kau ! Aku ingat kau dah ok dengan aku but.....
Bila aku call Farid, aku mesti tanya khabar kau, aku call fatin , lutfi, aisyah , farouq semua aku tanya khabar kau. Tiba tiba kau hantar text " asal heboh sangat cerita pasal aku ? Nak HOT ? "
Sorrylah aku tak reply text kau. Habis kredit. Aku memang tak tahu apa yang kau maksud kan. Sebab aku tak penah cerita apapun kt orang pasal kau melainkan aku tanya " Dilah sihat " " Dilah Aliran apa " " Rindu aku kt Dilah " " Bila Dilah nak baik semula ni " and memang takde satu pun yang aku cerita tentang kau !
Aku taktahulah apa yang dorang cerita kat kau pulak kan.

Minggu tu je aku bawak phone, sebab minggu lepas tu aku tak bawak phone gi hostel dah. So takdapat nak text kau. Waktu minggu balik hari tu, aku text aisyah fatin. Tapi aku text kau, kau tak reply, kau OFF kau punya phone. Aku call numb maxis kau pun sama. Minggu balik yang seterusnya pun sama. Aku tak dapat Call kau. Sampailah minggu balik yang ke-3. Kau text aku, kau marah aku sebab tak text kau lansung, balik cuti tak bagi tahu and kau cakap kau baru tahu aku ni memang benci kau . Kau tahu tak, bertapa bangganya aku dapat text kau macam tu yelah sebab kau still mengharapkan aku text kau dan kau nak tunggu aku balik cuti ! THANKSSSS Dilah ! Thanks sangat sangat sebab still mengharapkan aku. Aku tak penah benci kau ! Sekali pun tak penah.

Yang pasal kau hantar text ni " Kesian kau takde orang nak ikut kau masuk asrama even pun dah tukar sekolah dekat "
Kau salah anggaplah, aku tukar sekolah bukan sebab fatin aisyah tu. Aku tukar sebab aku demam. So susah mak aku nak jemput aku dari Kuantan Ke Bentong. Alang alang aku dah tukar lebih dekat, tulah pasal aku ajak aisyah fatin. Dah dorang still tanak aku nak buat macam mana. Bukan aku yang beriya duk ajak. Yang waktu kat sekolah bentong tu yelah aku beriya ajak aisyah sebab aku tengok dia macam nak sangat masuk asrama, sekali mak dia tak kasi so aku pun emmm...

Sorrylah aku tak text kau lansung cuti panjang ni. Aku nak sangat text kau, tapi sim card aku pada Nuar. Nak text guna numb mak aku, mahal pulak kau reply text aku dari cel ke max. So dekat sini jelah aku boleh cerita semua sekali.

Hari ahad hari tu aku nampak kau keluar rumah jalan kaki, entah kau pegi mana. Kebetulan aku tengah naik kereta nak pegi ECM.  Rasa nak panggil je kau. Kau pakai baju warna kelabu dengan seluar track.
Emph, sorrylah kalau aku buat kau sakit hati, benci dengan aku. Aku tak niat nak buat kau semua tu. Seriously !
Aku Mintak maaf sangat sangat. Ini jelah yang aku dapat kata. Nak mintak maaf cara lain aku tak mampu. So sekali lagi aku mintak maaf. Kau tahukan, usia persahabatan kita bukan setahun jagung. So aku harap kau okay macam dulu. Sorry sebab dah last minutes baru aku tulis blog ni. Esok aku dah nak balik hostel, kau kirim salam dekat family kau kay. I SWEAR I"LL LOVE YOU UNTIL MY LAST BREATH ❤


LOT OF LOVE ❤


Copyright © 2014 zanasuran. All rights reserved.